Chin Peng berhak pulang - Peguam
PULAU PINANG 29 Mei - Peguam Chin Peng, Darshan Singh Khaira mendakwa bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) itu berhak pulang ke negara ini di bawah perjanjian yang ditandatangani antara Kerajaan Malaysia dan PKM pada 2 Disember 1989 di Haadyai, Thailand.
Beliau berkata, klausa 3.1 perjanjian itu menggariskan ahli PKM daripada unitnya yang telah meletakkan senjata dan merupakan seorang yang berasal dari Malaysia serta berhajat untuk kembali ke negara ini wajar diberi kebenaran berbuat demikian.
Bukan setakat itu beliau mendakwa, mereka yang memenuhi syarat tersebut telah dijanjikan untuk diberi bantuan bagi memulakan kehidupan baru.
''Selepas perjanjian dimeterai, semua bekas pemimpin PKM termasuk Rashid Mydin dibenarkan pulang namun saya musykil kenapa Chin Peng seorang sahaja tidak dibenarkan pulang,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.(suka hati la kerajaan Malaysia nak bagi masuk ke tak.Bukan hang punya negara pon,hang bukan rakyat Malaysia, mana dia bukti hang rakyat Malaysia, dah memang keturunan pendatang, duduk la hidup mati hang kat thai tu. Kalau dah boring sangat blah la pi China macam hang lari sana dulu dulu.Dah mahkamah tak bagi masuk tak payah masuk la, dah tuan tak bagi macam mana nak masuk,dah buat angkara jahat macam mana tuan rumah nak bagi masuk dah.Rashid Maidin pun hidup dan matinya di Thai sana)
Beliau juga mendakwa, setiap ahli PKM yang pulang ke Malaysia berhak mendapat bantuan RM50,000 dan elaun bulanan serta tanah untuk bercucuk tanam. ( la suka hati la kerajaan nak bagi ke tak,duit kerajaan,tanah kerajaan Malaysia punya,daripada kerajaaan bagi kat bacul-bacul komunis baik kerajaan bagi dekat banyak lagi perwira-perwira negara yang berjasa, banyak lagi yang masih merempat,lagipun kerajaan tak dak hati nak bagi pon duit,tanah kat chin peng pon,oleh kerana chin peng belum pulang ke Malaysia maka dengan ini dukacita dimaklumkan bahawa tanah dan duit RM50,000 tak dapat diberi)
''Apa sudah jadi dengan bantuan kewangan yang dijanjikan? Saya akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu depan meminta mereka menyiasat perkara ini,'' katanya.(aik apa punya bengong orang pon ada ka? apa kena mengena dengan sprm pulak? lain la kalau kerajaanada rasuah sama tu komunis,peguam skrang memang banyak dah tak boleh pakai dah,bodoh bangang ingat dia semua betul)
Selain itu katanya, sebagai peguam Chin Peng, beliau telah membuat permohonan di mahkamah di sini untuk membenarkan Chin Peng pulang tiga tahun lalu namun permohonan itu ditolak. (dah kena tolak apalagi blah la takkan masih buat muka tak malu)
''Semua adik-beradik dan anak-anak Chin Peng ada di Malaysia,'' katanya.(baguslah dah jadi rakyat Malaysia,harap taat dan setia pada negara, jangan bapa kencing berdiri, anak kencing berlari pulak.)
Mengenai kekejaman PKM pada masa lalu beliau berkata; ''kalau PKM dituduh bunuh banyak orang, Britain lagi banyak bunuh orang apa lagi Jepun.''( ni la orang kata peguam adalah orang yang paling tak boleh percaya, putar belit belit fakta, akai letak dekat lutut,pembelit kuat, asal nak menang saja, jadi kalau jumpa ular dengan peguam, tembak peguam dulu)(kenyataan penafian pertanggungjawaban macam ni selalu keluar dari mulut mulut orang yang tak boleh pakai punya, serupa macam ayat pembangkang jugak la: itu kerajaan pon ada babi, kami pon boleh bela babi jugak la ladang besar lg, itu menteri pon ada skandal seks juga,jadik halal la kami terima sedekah seks jugak.)
(ada juga pihak yang menuduh kerajaan mensensasikan hal ini padahal hakikatnya pihak pihak yang berkepentingan inilah terutamanya beberapa parti politik yang mencetuskan hal ini untuk memperolehi sokongan,berteraskan alasan hak asasi seorang tua ini,motif sebenarnya adalah untuk kepentingan politik, supaya mereka mempunyai hero yang boleh diagung-agungkan sambil menolak hero-hero utama yang membawa keamanan di Malaysia ini dan yang memberikan nikmat kemerdekaan untuk tanah air seperti Tuanku Abdul Rahman,semuanya kerana kepentingan politik dan perkauman mereka.)
(Terimalah kenyataannya bahawasanya dajal dajal komunis ini tidak pernah pun memperjuangkan kemerdekaan negara, yang mereka perjuangkan hanyalah kepentingan ideologi mereka,serta kekuasaan untuk kaum mereka,darah rakyat yang mengalir tiada harganya.)
(Tabik Hormat untuk Perwira-Perwira Negara, dan untuk Chin Peng dan pengganas komunisnya, TIADA MAAF BAGIMU)



9 comments:
hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....
Download Forum Poster V3 3.0 at FileAfro.com
http://www.fileafro.com/view_forum-poster-v3-30.html
hello... you may submit this blog to my webBlog Directory, keyworddir.info.. have a nice day!
Keyword Directory
Watch Natsha Naked!
hi... just dropping by!
http://www.fileafro.com
http://mobileandetc.blogspot.com
http://kantahanan.blogspot.com
Salam..
Blog baru..
http://Blog1Malaysia.blogspot.com
hi.. just dropping by here... have a nice day! http://kantahanan.blogspot.com/
hoho...awat takda posting terbaru?...bz nampak...
Hi... Looking ways to market your blog? try this: http://bit.ly/instantvisitors
Post a Comment